Kumpulan Spring's

Kumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan rock di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1987. Kumpulan yang diterajui oleh penyanyinya, Ameng yang berasal dari Besut, Terengganu ini mula meniti puncak populariti apabila single daripada album kedua mereka yang berjudul Sampai Hati telah merajai carta muzik Malaysia dan Indonesia pada tahun 1993. Setelah itu, Spring melahirkan lebih banyak lagu hits seperti Bourgenvilla, Persada Cintaku, Butakah Cinta, dan Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Menerusi 8 album studio dan beberapa album kompilasi, kumpulan ini berjaya menjual lebih 500,000 unit secara keseluruhannya dan menjadi salah satu dari artis Malaysia yang merekodkan jualan album terbanyak dalam sejarah. Kumpulan ini pernah meraih anugerah Kumpulan Muzik Paling Popular 1994 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.[1]

Kumpulan Spring's

Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Pekerjaan Pemuzik & Penyanyi
Juga dikenali sebagai Anthem (1987-1989)
Syarikat rakaman Sony Music Malaysia
Ahli Ameng - Vokal
Zahar - Gitar Utama
Empy - Bass
Acong - Dram
Genre Rock, Pop Rock, Balada
Bekas ahli Iskandar - Gitar Utama
Amat - Vokal
Yunus - Bass
Ajis - Bass
Allahyarham Rahim (Ayim) - bass
Fauzi - dram
Tahun aktif 1987 (tahun penubuhan)
1991 - 2003